Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan Sijil Simpanan Premium (SSP) sempena Jelajah Selangor Penyayang di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 31 Julai 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIPILIHAN MINGGUANSELANGOR

MBI sumbang sijil simpanan bernilai RM100,000, manfaat 100 pelajar asnaf

GOMBAK, 31 JULAI: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyumbang RM100,000 berbentuk sijil simpanan premium (SSP) untuk diagihkan kepada 100 pelajar asnaf, hari ini.

Sumbangan diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif MBI Norita Mohd Sidek kepada Pengarah Bank Simpanan Nasional (BSN) Kuala Lumpur Mohd Hafis Hashim dengan disaksikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Serahan dalam bentuk cek cura itu dibuat sempena Jelajah Selangor Penyayang di Padang Awam Batu Caves, di sini.

Terdahulu, Amirudin menyerahkan SSP bernilai RM1,000 kepada lima pelajar asnaf sebagai simbolik sumbangan.

Semua 100 penerima itu terdiri pelajar Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC), Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis).

 


Pengarang :