Hutan simpan Ampang Pechah sebahagian rangkaian serambi pergerakan hidupan liar kerana ia bersambung dengan hutan tebal Banjaran Titiwangsa yang digelar tulang belakang hutan tengah (CFS)
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Menteri: Hanya Selangor buat siasatan awam sebelum nyahwarta hutan simpan

SHAH ALAM, 18 JULAI: Selangor merupakan satu-satunya negeri yang melaksanakan siasatan awam sebelum mana-mana hutan simpan kekal (HSK) di nyahwarta.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkata pindaan Seksyen 11 Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan 1985 itu dibuat pada 2011 di Dewan Negeri Selangor (DNS).

“Negeri Selangor merupakan satu-satunya negeri yang memperkenal atau yang melaksana siasatan awam sebelum pindaan Seksyen 11 iaitu pada 2011.

“Jadi sudah ada proses untuk siasatan awam. Jadi Selangor boleh buat, Selangor mementingkan perkara ini dan saya rasa ini akan dibentang dalam Majlis Tanah Negara nanti,” kata Datuk Takiyudin Hassan pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab celahan Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin sama ada pandangan orang ramai diambil kira bagi pelaksanaan membabitkan kawasan hutan ketika mengusulkan pindaan Akta Perhutanan Negara 1984.


Pengarang :