Orang ramai boleh menyemak dan membayar cukai, kompaun atau lesen di kaunter bergerak Majlis Perbandaran Kajang. Foto Facebook MPKj
PBTSELANGOR

MPKj buka kaunter bergerak di beberapa lokasi sepanjang minggu ini

SHAH ALAM, 12 JULAI: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) akan membuka kaunter bergerak di beberapa lokasi sepanjang minggu ini, bagi memudahkan orang ramai membayar cukai taksiran, lesen dan kompaun.

Menurut MPKJ, lokasi terbabit adalah pasar malam Bandar Sungai Long (hari ini) dan Taman Paling Jaya (esok) mulai jam 6 petang hingga 10 malam.

“MPKj akan mengadakan operasi bersepadu kutipan hasil MPKj Julai 2022 di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi pada Khamis ini mulai jam 9 pagi hingga 1 petang.

“Kaunter bergerak juga akan dibuka pada hari sama di tapak pasar malam di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi mulai jam 6 petang hingga 10 malam,” katanya di laman web.

Selain itu, kaunter sama akan dibuka di tapak pasar malam Taman Indah Batu 11 Cheras pada Jumaat ini mulai jam 6 petang hingga 10 malam.

“Program kaunter bergerak bahagian hasil akan dilaksanakan di Kampung Baru Balakong di Sun Kin Wah (MPP Zon 6) pada Sabtu ini mulai jam 10 pagi hingga 4 petang,” katanya.

MPKj berkata diskaun ke atas fi notis dan waran tahanan turut ditawarkan kepada orang ramai sempena sambutan ulang tahun ke-25 atau Jubli Perak MPKj.

“Kempen ini berlangsung sejak 1 Januari lalu hingga 31 Disember depan,” katanya.


Pengarang :