PBT SELANGOR

MPS buka kaunter bergerak cukai taksiran tujuh hari seminggu

SHAH ALAM, 7 JULAI: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membuka kaunter bergerak bagi pembayaran hasil tujuh hari seminggu mulai bulan ini hingga 31 Ogos.

Pihak berkuasa tempatan itu menerusi Facebook berkata kaunter itu beroperasi setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti umum.

“Tarikh akhir bayaran cukai taksiran penggal 2/2022 adalah pada 31 Ogos 2022. Bayaran yang diterima selepas tarikh tersebut akan dikenakan caj lewat RM20 pada 1 September 2022.

“Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Hasil di talian 03-61265800 sambungan 5966/5961/5963/5964 atau layari laman sesawang http://www.mps.gov.my untuk mendapatkan maklumat,” tulisnya.

Tarikh dan lokasi kaunter bergerak seperti berikut:

 


Pengarang :