Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan sumbangan kepada pewaris ketika program ziarah kasih dan penyerahan khairat kematian Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Kampung Baru Batu Caves, Gombak pada 9 Mac 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Negeri perkenal polisi mesra warga emas peringkat PBT

SHAH ALAM, 27 JULAI: Kerajaan Negeri akan memperkenal polisi mesra warga emas di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) membabitkan aspek kebajikan, kesihatan fizikal dan mental.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata usaha itu bagi menampung keperluan golongan berkenaan yang dijangka meningkat kepada 1.3 juta orang menjelang 2040.

“Ini termasuklah mewajibkan pembinaan fasiliti khusus warga emas seperti lif dan laluan khas serta bilik khusus dalam pelan pembinaan bangunan pejabat dan perumahan.

“Manakala, Program Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Program Selangor Saring yang turut memfokuskan kepada kebajikan dan kesihatan warga emas turut akan diperluas,” katanya ketika membentang Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

SMUE diperkenalkan lebih sedekad lalu bagi menghargai warga emas negeri ini dengan setiap ahli mendapat manfaat baucar beli-belah RM100 dan RM500 bagi khairat kematian.

Belanjawan Selangor 2022 memperuntuk sebanyak RM27.5 juta bagi kelangsungan program tahun ini.


Pengarang :