Jemaah Haji dari seluruh dunia mengelilingi Kaabah di Masjidil Haram di Mekah pada 17 Ogos 2018. Foto AFP
BERITA UTAMAPENDAPATRENCANA

Panggilan Allah: Pengertian & pergerakan ibadah haji

Ibadah haji mula disyariatkan pada tahun kesembilan hijrah. Rukun Islam kelima itu diwajibkan kepada umat Islam yang mampu sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Wartawan AFIX REDZUAN menyusun maklumat pergerakan ibadah haji bermula 8 hingga 13 Zulhijah di Makkah.

MAKSUD HAJI
– aspek bahasa ialah menuju atau mengunjungi ke sesuatu tempat
– aspek istilah bermakna mengunjungi Baitullah (Kaabah) pada masa tertentu (bulan haji, Zulhijah) serta melaksanakan perkara wajib ibadah haji

TIGA JENIS HAJI
– haji ifrad: mengerjakan ibadah haji dahulu dalam bulan haji kemudian mengerjakan umrah
– haji tamattu’: mengerjakan umrah dahulu dalam bulan haji kemudian mengerjakan haji pada tahun sama
– haji qiran: berniat ihram haji dan umrah serentak pada bulan haji, kemudian melaksanakan semua rukun dan wajib haji

SYARAT WAJIB
– Islam
– berakal
– baligh
– merdeka
– mampu
– perjalanan yang selamat

AMALAN DAN RUKUN
ihram
– mandi sunat memakai ihram
– solat sunat
larangan semasa ihram
– sikat rambut potong kuku
– pakai wangian akad nikah
– jimak bunuh binatang buruan
– cukur atau cabut rambut/bulu di badan
– buat perkara bangkitkan syahwat
– * pakai pakaian berjahit
– * tutup kepala (kecuali uzur)
*khusus untuk lelaki
miqat
– niat haji bersama rukun dan adab menyempurnakannya pada 8 Zulhijah
– terdapat dua miqat dan beberapa sempadan berniat iaitu:
a) Miqat Zamani: tempoh sah ihram haji
b) mulai Syawal sampai terbit fajar 10 Zulhijah
c) Miqat Makani: sempadan berniat dalam ihram

Umat Islam berwukuf di Arafah bermula pada waktu zohor 9 Zulhijah hingga subuh 10 Zulhijah (Hari Arafah). Ia merupakan salah satu rukun haji yang melibatkan penunai haji berkumpul di padang itu bagi mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam dan Hawa diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis.

wukuf di Arafah
– dilakukan bila-bila masa bermula zohor 9 Zulhijah hingga subuh 10 Zulhijah
– rukun haji paling penting
– banyakkan berdoa, zikir dan baca al-Quran
– memadai hadir pada waktu ditetapkan wukuf walaupun sesaat
– afdal gabungkan satu bahagian siang dan malam
bermalam di Muzdalifah
– bergerak selepas maghrib 9 Zulhijah dari Arafah
– tunggu hingga tengah malam
– kutip anak batu untuk melontar jamrah
melontar di Jamratul Aqabah
– lontar dengan tujuh biji batu Jamratul Aqabah bermula tengah
malam 10 Zulhijah hingga tenggelam matahari
tahalul awal
– dilakukan selepas lontar Jamratul Aqabah pada 10 Zulhijah di Mina
– gunting sekurang-kurangnya tiga helai atau cukur semua rambut
– berdosa cukur jika belum waktunya dan wajib bayar dam
– bagi orang yang botak, sunat dilalukan pisau cukur di kepala
bermalam di Mina
– wajib bermalam pada dua malam hari tasyrik (11 dan 12 Zulhijah)
– 11, 12 dan 13 Zulhijah lontar tiga jamrah dengan tujuh biji batu:
a) Jamratul Sughra (kecil)/Ula (pertama)
b) Jamratul Wusta (sederhana)/Thani (kedua)
c) Jamratul Kubra (besar)/Aqabah (akhir)
tawaf
– gerak ke Masjidil Haram selepas ibadah di Mina
– pusing Kaabah sebanyak tujuh pusingan mulai Hajar Aswad dan berakhir pada sudut yang sama mengikut syara
– tawaf ifadah wajib dilakukan kerana ia rukun haji
– tawaf lain:
a) qudum: tawaf selamat datang ke Makkah (sunat ditunaikan)
b) wida’: tawaf selamat tinggal Makkah (wajib ditunaikan)
c) tatawu: tawaf sunat apabila di Makkah
sai
– dilakukan selepas tawaf ifadah
– berulang-alik dari Bukit Safa ke Marwah sebanyak tujuh kali
– sunat berlari-lari anak di antara dua garisan hijau (bagi lelaki)
tertib
– melakukan rukun ikut susunan ditetapkan


Pengarang :