Anggota Skuad Pantas Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) ketika memantau lokaliti sekitar pantai di Kuala Langat jika berlaku limpahan air pasang besar pada 16 Julai 2022. Foto Facebook MPKL
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pantai di Kuala Langat terkawal, tidak berlaku air pasang besar

SHAH ALAM, 17 JULAI: Keadaan sekitar pantai di Kuala Langat terkawal dan tiada limpahan air pasang besar setakat ini, maklum Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).

Yang dipertuanya berkata seramai lima anggota Skuad Pantas MPKL ditugaskan secara bergilir sejak semalam untuk memantau enam lokaliti.

Menurut Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim kawasan dipantau membabitkan Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib, Pantai Batu Laut, Pantai Cunang dan Jeti Tanjung Sepat.

“Berdasarkan pemantauan sejak jam 7 pagi semalam sehingga kini didapati tiada limpahan air laut berlaku dan bacaan paras air masih setinggi 5.1 meter,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata pemantauan akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan pengunjung di kawasan terbabit dalam keadaan selamat.

“Bagaimanapun, kita meminta orang awam agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak mendekati kawasan pantai sekiranya hujan lebat,” katanya.


Pengarang :