EXCO Pembangunan Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman (depan, enam kiri) bersama 150 anggota PBT dan sukarelawan menyertai Misi Selangor Penyayang (MSP) 2.0 bagi membantu mangsa banjir Baling di Pejabat Tanah dan Daerah Baling, Kedah pada 21 Julai 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMA

PBT di Selangor sedia ke Baling teruskan misi bantuan

BALING, 23 JULAI: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) bersiap sedia ke Baling semula sekiranya diperlukan dalam misi bantuan.

Yang Dipertuanya Dato’ Abd. Hamid Hussain memaklumkan pihaknya sedia menghantar kakitangannya untuk membantu sekiranya diperlukan.

“Kita akan hantar anggota ikut keperluan dan mengikut skop kerja. Kita tidak mahu menghantar terlalu ramai anggota melebihi keperluan kerja ditetapkan.

“Untuk misi kedua ini kita menghantar 10 anggota daripada Skuad Pantas berbanding misi pertama seramai 18 individu. Kita berharap bantuan disampaikan ini dapat meringankan beban penduduk,” katanya ditemui ditemui pada Misi Selangor Penyayang 2.0 di Baling, Kedah.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat, Dato’ Amirul Azizan berkata biarpun perjalanan dari Banting ke Baling mengambil masa, perkara itu bukan halangan untuk anggotanya membantu mangsa bah.

“Untuk misi kedua ini kita menghantar 14 anggota dengan membawa lori satu tan dan trak pikap bagi memudahkan urusan bawa barang bantuan kepada mangsa.

“Selain itu, kita bersedia sekiranya Kerajaan Selangor menghantar lagi bantuan bagi membantu penduduk di Baling,” katanya.

Dalam misi bantuan pada 6 Julai lalu, sebanyak 72 rumah mangsa banjir di Baling, Kedah dibersihkan pasukan sukarelawan negeri ini sepanjang dua hari misi pascabanjir.

Pembersihan dibuat Sukarelawan Selangor (SERVE) dan Pasukan Tindakan Segera (Pantas) meliputi anggota 12 pihak berkuasa tempatan (PBT).


Pengarang :