Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang juga pusat pentadbiran rasmi Kerajaan Negeri. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pelan perkukuh ekonomi, kebajikan rakyat dibentang 27 Julai

SHAH ALAM, 19 JULAI: Rancangan Selangor Satu (RS-1) yang dibangunkan untuk memenuhi keperluan rakyat bagi tempoh lima tahun akan datang bakal dibentang dalam sidang Dewan Negeri, Rabu depan.

Pelan bersandarkan keperluan sosiekonomi rakyat sebagai agenda penting Kerajaan Negeri mengambil kira aspek pertumbuhan ekonomi dan peningkatan kesejahteraan hidup serta keterangkuman sosial.

Turut ditekankan ialah pemacuan kelestarian bagi memulihara alam sekitar selain tadbir urus pintar serta berkesan dengan libat urus bersama pemegang taruh juga orang awam.

“Pembangunan dokumen RS-1 dibuat secara komprehensif dan terangkum, bersifat ‘living document’ yang mampu menangani cabaran baharu,” kata Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada 7 Julai.

Rancangan tersebut bakal melalui empat fasa utama melibatkan penjajaran visi, kerangka dan sasaran
(pertama) sementara fasa dua pula merangkumi perincian diagnosis dan pembangunan kandungan.

Bagi fasa ketiga, ia melibatkan perincian dan penentuan keutamaan program dan fasa empat melibatkan
sesi validasi dan pemuktamadan laporan.

Liputan berita pembentangan pelan tersebut boleh dibaca melalui akhbar dan portal Selangorkini serta tiga edisi lain termasuk MandarinTamil dan Inggeris.

Ia juga bakal disiarkan secara langsung melalui portal SelangorTV dan Facebook Media Selangor.

 


Pengarang :