Suasana kemalangan yang berlaku di Tambak Johor membabitkan sebuah lori yang merempuh kenderaan lain pada 7 Julai 2022. Foto Facebook Community Roda Johor
AGENDANASIONAL

Pemandu lori diberkas rempuh 12 kenderaan di Tambak Johor

SHAH ALAM, 7 JULAI: Seorang pemandu lori berusia 34 tahun ditahan polis selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan 12 kenderaan di Tambak Johor pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan berkata kejadian itu berpunca daripada kerosakan teknikal lori yang membawa muatan habuk kayu, lapor Kosmo Online.

Asisten Komisioner Raub Selamat menjelaskan enam daripada kenderaan itu berdaftar di Malaysia manakala selebihnya bernombor pendaftaran Singapura.

“Kenderaan yang terlibat adalah sebuah lori, sebuah bas, sebuah van dan sembilan buah kereta. Bagaimanapun, (kemalangan) tidak melibatkan kehilangan nyawa mahupun kecederaan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

                                                                     

 


Pengarang :