Stadium Shah Alam yang menjadi ikon Selangor perlu menjalani proses baik pulih secara menyeluruh. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam bantu nilai komersial, ekonomi sekitar

SHAH ALAM, 27 JULAI: Pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam bakal memberi impak kepada nilai komersial di sekitar bandar raya ini sekali gus membantu perkembangan sektor ekonomi.

Dato’ Menteri Besar berkata sebahagian komponen tanah persekitaran stadium akan dibina kawasan penempatan serta bangunan perniagaan bersesuaian.

“Sudah pasti Kerajaan Negeri mahu majukan sekitar kawasan stadium secara menyeluruh dan bersesuaian dengan persekitaran Seksyen 13.

“Stadium ini bakal jadi tarikan utama malah memudahkan masyarakat kerana berhampiran dengan transit aliran massa (MRT) yang dijangka siap suku ketiga 2025,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Beliau menjawab soalan Ketua Pembangkang Datuk Rizam Ismail berhubung pembangunan kompleks stadium terbabit.

Pada 15 Julai, Kerajaan Negeri menyerahkan surat niat (LOI) kepada Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) bagi menaik taraf Stadium Shah Alam.

 


Pengarang :