Ilustrasi tangkapan penjenayah. Grafik Media Selangor
AGENDANASIONAL

Pemuda hina Islam didakwa di Mahkamah Sepang esok

SHAH ALAM, 20 JULAI: Seorang lelaki yang ditahan kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad menerusi satu klip video akan didakwa di Mahkamah Sepang pagi esok.

Pertuduhan terhadap suspek berusia 39 tahun dibuat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, lapor Berita Harian.

Suspek direman empat hari bermula 18 Julai selepas ditahan kira-kira 12.30 tengah hari, Ahad lalu di sebuah rumah di Bukit Kuchai, Puchong.

Tangkapan terhadap suspek yang bekerja sebagai penghantar makanan dibuat susulan laporan polis oleh orang awam pada 3.28 pagi, hari yang sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.


Pengarang :