AGENDANASIONAL

Penceramah bebas popular direman lima hari kes rogol remaja bawah umur

SHAH ALAM, 19 JULAI: Seorang penceramah bebas popular bergelar ustaz direman lima hari berhubung siasatan kes rogol membabitkan remaja perempuan bawah umur.

Timbalan ketua polis Selangor berkata perintah reman dikeluarkan Majistret Rozlizi Sulaiman selepas suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Besar siang tadi, lapor Astro Awani.

Menurut Datuk S Sasikala Devi Subramaniam, suspek berusia sekitar 30an ditangkap anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor jam 4.50 petang semalam.

Menurut siasatan polis, pengadu berkenalan dengan suspek sejak Mei tahun lalu dan dipercayai telah beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi berbeza.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.


Pengarang :