AGENDANASIONAL

Pengasas kelab komedi ditahan isu klip video sentuh sensitiviti kaum

SHAH ALAM, 15 JULAI: Seorang lelaki berusia 39 tahun ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung penularan dua klip video di sebuah kelab komedi, yang menyentuh sensitiviti kaum.

Setiausaha polis berkata tangkapan dibuat anggota Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di sebuah lokasi di Lembah Klang, lapor Berita Harian.

Menurut Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut.

“(Siasatan juga dibuat) mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini bagi melengkapkan proses siasatan,” katanya.

Sebelum ini, polis dilaporkan menahan pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse berhubung insiden seorang wanita menghina Islam dalam satu persembahan komediri di kelab itu baru-baru ini.

 

 


Pengarang :