Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan kepada penduduk Kampung Nakhoda sempena sambutan Maal Hijrah di Kolej Teknikal Azmida, Gombak pada 30 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Pengurusan kolej pastikan pelajar penuhi kehendak industri, elak pengangguran

GOMBAK, 30 JULAI: Kolej Teknikal Azmida (ATC) komited dalam memastikan pelajarnya memperoleh pekerjaan dalam bidang pengajian diikuti sekaligus mengelakkan pengangguran.

Pengarah Urusannya Azmi Md Eusoff berkata ketika ini kolej itu menetapkan matlamat bahawa setiap bekas pelajarnya akan bekerja dalam industri berkaitan.

“Setakat ini, hampir 90 peratus pelajar kolej ini diterima bekerja mengikut kursus yang diambil di sini iaitu elektrikal, pengurusan dan penyelenggaraan boiler.

“Selain itu, Kerajaan Negeri menerusi Lembaga Zakat Selangor juga banyak membantu khususnya membabitkan pelajar asnaf atau daripada keluarga berpendapatan rendah,” katanya kepada Selangorkini.

Beliau ditemui pada majlis makan tengah hari bersama pelajar kolej tersebut yang dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Terdahulu, Amirudin menyampaikan sumbangan kepada pelajar kurang berkemampuan yang menuntut di kolej tersebut.

Amirudin yang juga wakil rakyat Sungai Tua turut menyerahkan sumbangan wang tunai dan barang keperluan harian kepada 30 keluarga berpendapatan rendah.


Pengarang :