AGENDANASIONAL

Penyamun warga asing maut tertetak paha sendiri

SHAH ALAM, 4 JULAI: Seorang lelaki warga asing maut selepas tertetak pahanya sendiri ketika bergelut dengan seorang lelaki yang mahu disamun di Taman Perindustrian Kepong semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, suspek berusia 50 tahun bersenjatakan sabit panjang beberapa kali menetak mangsa yang kemudiannya mengambil kerusi plastik untuk mempertahankan diri.

Asisten Komissioner Zainal Mohamed Mohamed menjelaskan pihaknya menerima maklumat mengenai suspek yang tertiarap atas jalan dalam keadaan berlumuran darah 36 meter dari tempat kejadian.

“Siasatan di tempat kejadian menemui suspek tertiarap di atas jalan dan terdapat sebilah sabit panjang dalam genggaman tangan kanannya.

“Sementara mangsa seorang lelaki bukan warganegara berumur 48 tahun dibawa ke Hospital Sungai Buloh, namun disahkan meninggal dunia tengah hari semalam,” katanya dalam kenyataan semalam.

Zainal Mohamed berkata suspek datang ke premis dan berbual dengan mangsa namun tiba-tiba suspek menyerang mangsa beberapa kali dan menetaknya dengan niat untuk menyamun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Pengarang :