Kanak-kanak kelihatan gembira ketika beriadah bersama keluarga pada hari raya pertama di Taman Tasik Shah Alam pada 2 Mei 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Pertandingan fotografi MBSA masih dibuka, rebut peluang menang wang tunai

SHAH ALAM, 13 JULAI: Penyertaan pertandingan Fotografi Shah Alam 2022 yang bermula sejak 15 Mac lalu masih terbuka sehingga 15 September ini.

Menurut Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hadiah keseluruhan bernilai RM28,000 menanti pemenang menerusi empat kategori iaitu bangunan atau mercu tanda, alam semulajadi, gaya hidup dan pemandangan malam.

“Ayuh ramai-ramai sertai untuk merebut hadiah wang tunai yang lumayan,” tulisnya menerusi Facebook.

Untuk keterangan lanjut orang ramai boleh melayari http://www.mbsa.gov.my atau menghubungi Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam di talian 03-5510 5133 sambungan 1430 atau 1777.

Pada 10 Mei lalu, ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA berkata acara itu memberi peluang kepada masyarakat untuk menyerlahkan bakat di samping mempromosi bandar raya Shah Alam melalui lensa fotografi.

“Peserta boleh mengambil foto di tempat menarik sekitar Shah Alam sama ada di lokasi pelancongan, bangunan, monumen, tasik, taman atau landskap,” kata Shahrin Ahmad.

Hadiah tempat pertama bagi setiap kategori akan memenangi wang tunai RM3,000 diikuti RM2,000 (tempat kedua) dan RM1,000 (tempat ketiga) serta saguhati RM200 kepada lima pemenang termasuk sijil penyertaan.

Poster Pertandingan Fotografi Shah Alam 2022 anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam. Foto ihsan MBSA

Pengarang :