AGENSISELANGOR

PKNS anjur program jaringan niaga 21 Julai, kumpul usahawan pelbagai bidang

SHAH ALAM, 13 JULAI: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerusi Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) menganjurkan Program Jaringan kepada ahli BizClub perbadanan itu pada 21 Julai.

Berdasarkan poster dikongsikan PKNS di Facebook, program percuma yang dijadual bermula jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang di Dewan Aster, Bangunan Ibu Pejabat PKNS di sini boleh didaftar dipautan https://tinyurl.com/JaringanBizClub

Menerusi program itu, semua ahli BizClub berpeluang mempromosikan perniagaan sesama mereka  seterusnya memperluaskan jaringan serta peluang perniagaan.

Program separuh hari itu bakal mengumpulkan usahawan perlbagai bidang termasuk industri hartanah, pemasaran, servis, kesihatan dan makanan.

BizClub PKNS adalah komuniti perniagaan dari pelbagai industri yang berpusat di PKNS Bizpoint dan PKNS BPU di Seksyen 7, Shah Alam.

 


Pengarang :