Arkib Selangorkini
AGENDANASIONAL

PM setuju pandangan Anwar hanya rakyat memerlukan patut terima subsidi

SHAH ALAM, 18 JULAI: Perdana Menteri menyokong pandangan Ketua Pembangkang bagi memastikan hanya rakyat yang memerlukan sahaja layak menikmati subsidi bersasar.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihaknya masih mencari kaedah pelaksanaan yang sesuai sebelum dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat.

“Saya bersetuju dengan Yang Berhormat (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Insya-Allah kita akan bentang di sini apakah cara yang kita akan guna dalam subsidi bersasar ini,” katanya.

Bercakap di sidang Dewan Rakyat, hari ini, Ismail Sabri mengakui kerajaan kerugian besar akibat subsidi tersasar kerana golongan yang berkemampuan turut menikmatinya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dari Ahli Parlimen Port Dickson berkaitan kegagalan kerajaan dalam melaksana program subsidi bersasar.

Terdahulu Anwar yakin kerajaan mampu mengurangkan harga minyak sekiranya subsidi secara bersasar dilaksana.

“Kita mampu turunkan harga minyak kalau pendekatan itu secara tersasar. Sekarang ini manfaat minyak itu diperoleh semua termasuk warga asing serta T20. Kita masih dapat kurangkan dan beri harga rendah kepada B40,” katanya.


Pengarang :