AGENDAJENAYAH

Polis tahan lelaki pandu lawan arus di lebuh raya, akibatkan kemalangan

KEPALA BATAS, 10 JULAI: Lelaki yang memandu pacuan empat roda (4WD) memandu lawan arus sehingga kemalangan dengan kenderaan lain di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth arah Bagan Ajam, dekat sini, semalam ditahan polis.

Lelaki berusia 46 tahun itu ditahan ketika hadir untuk membuat laporan di balai trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara jam 8.30 malam tadi, lapor portal Berita Harian.

Difahamkan, lelaki itu akan dibawa ke Mahkamah Butterworth pagi esok untuk perintah tahanan reman.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad, mengesahkan penahanan itu.

Terdahulu, seorang lelaki bersama teman wanitanya dilapor cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan 4WD jenis Mishubishi Triton yang memandu melawan arus.

Akibat kejadian jam 12.40 malam itu, kedua-dua mangsa cedera pada perut dan menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Seberang Jaya (HSJ).

 


Pengarang :