EXCO Industri Halal Mohd Zawawi Ahmad Mughni berucap sempena Seminar Pemantapan Sembelihan Halal Korban di Auditorium Dahlia, Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Negeri, Shah Alam pada 4 Julai 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Program permit khas benarkan tanah pertanian untuk kegiatan lain

SHAH ALAM, 6 JULAI: Selangor bercadang memperkenal program permit khas yang membenarkan tanah pertanian dibangunkan bagi kegiatan lain termasuk industri halal.

Dalam kenyataan di Facebook, EXCO Industri Halal Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata usaha tersebut dibuat berikutan sektor halal menjadi tumpuan utama dunia ketika ini.

“Jika ada yang mempunyai tanah persendirian dan ingin memulakan bisnes atau perniagaan yang membabitkan keperluan untuk menukar status tanah, maka bolehlah berbuat demikian.

“(Namun, ia) tertakluk kepada terma dan syarat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya selepas merasmikan Seminar Kesedaran Halal peringkat daerah Hulu Langat semalam.

Sebelum ini, Mohd Zawawi memaklumkan Kerajaan Selangor bersama anak syarikat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) bakal meneroka pasaran industri halal di Eropah dan Asia Barat.


Pengarang :