Interceptor berfungsi dangan cara memanfaatkan arus sungai bagi memerangkap sampah sarap terapung di Sungai Klang. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Projek Gerbang Maritim Selangor tumpu bersih, pulih Sungai Klang

SHAH ALAM, 27 JULAI: Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) menumpukan usaha membersih dan memulihkan sungai termasuk Sungai Klang.

Dato’ Menteri Besar  Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan projek tersebut dilakukan melalui kaedah sistem pemantauan penyebaran kualiti air, perangkap sampah (log boom) dan penggunaan jentera pengutip sampah canggih Interceptor.

“Kaedah lain dikenal pasti untuk pembersihan dan pemulihan sungai termasuk Sistem Pengurusan Air Bersepadu dan Loji Rawatan Air Sungai Rasau.

“Peluang baharu, peningkatan kualiti hidup dan pembangunan kelestarian di sepanjang Sungai Klang dan anak sungainya dapat dipertingkatkan,” katanya ketika membentang RS-1 di Dewan Negeri Selangor hari ini.

Landasan Lumayan Sdn Bdh (LLSB), anak syarikat Kerajaan Negeri, diberi mandat menerajui projek SMG bagi membersih dan memulihkan Sungai Klang serta membangunkan kawasan sekitarnya.

Projek tersebut sebahagian inisiatif negeri mempelbagaikan sumber pendapatan dan mengoptimum lokasi utama di Selangor bagi memacu ekonomi maritim dan pembangunan baharu.

Sejumlah 75,402 tan metrik sisa pepejal berjaya dikeluarkan dari Sungai Klang antara 2016 hingga September lalu melalui projek terbabit.

Daripada jumlah itu, sebanyak 50 peratus adalah sampah organik seperti keladi bunting dan dahan pokok manakala selebihnya bukan organik antaranya plastik, tin dan tekstil.


Pengarang :