Antara anggota tentera dan polis yang hadir pada majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat sempena sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Selangor di Masjid Negeri Shah Alam pada 29 Julai 2022. Foto Facebook Amirudin Shari
SELANGOR

Rakyat diminta bersatu, hargai jasa pejuang pertahan tanah air

SHAH ALAM, 31 JULAI: Keamanan yang dinikmati negara ketika ini adalah hasil pengorbanan perajurit dan pejuang yang sanggup berkorban demi tanah air kata Dato’ Menteri Besar.

Justeru, Dato’ Amirudin Shari meminta rakyat mendoakan supaya perajurit dan pejuang terbabit mendapat balasan yang baik atas segala pengorbanan mereka.

“Keamanan dan kesejahteraan yang kita kecapi ketika ini tidak datang bergolek. Malah dibayar dengan pengorbanan para perajurit serta pejuang yang sanggup mengorbankan nyawa, tenaga dan harta demi tanahair.

“Di Hari Pahlawan ini, marilah kita berdoa agar mereka sentiasa dilimpahi rahmat dan diberi balasan yang baik atas segala pengorbanan mereka,” kongsinya di Twitter.

Pada masa sama, Amirudin turut meminta rakyat supaya terus bersatu bagi memastikan kedaulatan Malaysia sentiasa dipertahankan.


Pengarang :