Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap merasmikan Simposium Pra-Pelancaran Rancangan Selangor Pertama (RS-1) 2021-2025 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 7 Julai 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Rancangan Selangor Satu ambil kira pertumbuhan ekonomi, orang awam

SHAH ALAM, 7 JULAI: Rancangan Selangor Satu (RS-1) dibangunkan untuk memenuhi keperluan penduduk negeri ini dalam tempoh lima tahun akan datang.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan rancangan itu bersandarkan keperluan sosiekonomi rakyat sebagai agenda penting Kerajaan Negeri.

Beliau berkata RS-1 turut mengambil kira aspek pertumbuhan ekonomi, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dengan libat urus bersama pemegang taruh serta orang awam.

“Pembangunan dokumen RS-1 telah dilaksanakan secara komprehensif dan terangkum, bersifat ‘living document’ yang harus mampu menangani cabaran baharu,” katanya hari ini.

Bercakap pada Majlis Simposium PraPelancaran RS-1 2021-2025 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam di sini, Amirudin berkata rancangan itu telah melalui empat fasa utama.

Menurutnya, fasa pertama melibatkan penjajaran visi, kerangka dan sasaran sementara fasa dua pula merangkumi perincian diagnosis dan pembangunan kandungan.

“Bagi fasa ketiga, ia melibatkan perincian dan penentuan keutamaan program dan fasa mmpat melibatkan sesi validasi dan pemuktamadan laporan,” katanya lagi.

Amirudin menambah kerangka jelas berkenaan RS-1 akan dimaklumkan ketika pelancarannya pada 25 Julai ini sempena pembukaan sidang Dewan Negeri Selangor (DNS).


Pengarang :