AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Rebut peluang potongan 25 peratus cukai tanah di Jelajah Selangor Ahad ini

SHAH ALAM, 29 JULAI: Pengunjung Jelajah Selangor Penyayang di Gombak pada 31 Julai berpeluang mendapatkan pengurangan fi tunggakan cukai tanah dan petak sehingga 25 peratus.

Pengunjung juga boleh membuat semakan dan bayaran di kaunter bergerak di Karnival yang berlangsung di Padang Awam Batu Caves bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

Bermula 8 pagi hingga 5.30 petang, program anjuran Kerajaan Negeri yang disusun semula dari Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Sebelum ini, acara sama dijayakan di Taman Kosas Ampang Jaya, Dataran Pantai Morib Kuala Langat Stadium Utama Kuala Selangor dan Dataran Boulevard Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Program turut diserikan dengan persembahan artis, pertandingan gusti lengan, futsal, sukan rakyat, permainan dalam talian Mobile Legends, pameran dan jualan makanan.

Inisiatif itu dijayakan menerusi peruntukan RM350 juta supaya lebih ramai penduduk memperoleh manfaat disediakan Kerajaan Negeri.

Turut dilaksana, program Selangor Saring untuk mengesan penyakit kronik dengan perbelanjaan RM1.5 juta yang memanfaatkan 5,000 orang terutama golongan berisiko.


Pengarang :