AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Ribut petir, hujan dijangka landa tujuh daerah di Selangor hingga 9 malam

SHAH ALAM, 23 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor melibatkan tujuh daerah sehingga 9 malam ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan itu dijangka berlaku di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Situasi sama diramal di seluruh Kuala Lumpur, Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak dan Hilir Perak), Melaka (Jasin) serta Johor (Tangkak).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :