Petugas media membuat liputan sidang media Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari selepas pembentangan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) di Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor ke-14 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 27 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

RM212 bilion untuk bangunkan negeri dalam tempoh lima tahun

SHAH ALAM, 27 JULAI: Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang menjadi kerangka pembangunan negeri bagi tempoh lima tahun melibatkan nilai keseluruhan sebanyak RM212.44 bilion.

Dato’ Menteri Besar berkata sebanyak RM92.44 bilion disalur kepada projek pembangunan peringkat negeri termasuk pelaksanaan beberapa insentif bagi menjamin kebajikan rakyat.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan Kerajaan Negeri akan mengeluarkan dana RM7.16 bilion manakala baki melebihi RM80 bilion dibiayai anak syarikat serta pihak swasta.

Katanya, RS-1 turut melibatkan projek dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) antaranya Rel Pantai Timur (ECRL), Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Deras (MRT) dengan nilai melebihi RM120 bilion.

“Namun, RS-1 berbeza dengan RMK-12 yang lebih menekankan aspek infrastruktur tetapi kita tambah dengan pelbagai inisiatif rakyat dengan kerjasama Kerajaan Negeri, anak syarikat serta swasta.

“Rancangan ini secara menyeluruh dan komprehensif bertujuan melengkapkan hala tuju pembangunan Selangor,” katanya pada sidang media selepas membentang RS-1 di sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.


Pengarang :