Peserta mendengar penerangan oleh petugas kesihatan pada program Selangor Saring di Dewan MPAJ Lembah Jaya, Ampang pada 11 Jun 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Saringan kesihatan percuma di Taman Templer, Hulu Kelang esok

SHAH ALAM, 16 JULAI: Program saringan kesihatan percuma, Selangor Saring akan diadakan esok di dua lokasi iaitu Taman Templer dan Hulu Kelang.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program itu bertujuan mengesan penyakit berkaitan jantung, buah pinggang, kanser dan lain-lain.

“Saringan kesihatan percuma buat warga Taman Templer dan Hulu Kelang. Daftar di aplikasi SELangkah anda,” katanya di Twitter.

Bagi saringan kesihatan di Taman Templer, ia akan diadakan di Dewan Sri Siantan, Jalan Sungai Tua, Taman Selayang, manakala lokasi di Hulu Kelang adalah di Dewan MPAJ AU2, Taman Seri Keramat.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui http://selangorsaring.selangkah.my atau hubungi talian Selcare 1-800-22-6600.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi menjayakan Selangor Saring yang bakal memanfaatkan 39,000 penduduk khususnya individu yang mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Program hingga 4 September itu menawarkan saringan fizikal, ujian darah dan air kencing, mata, servik dan kanser payu dara, ujian darah najis okulta atau kolorektal serta prostat.


Pengarang :