Petugas kesihatan mengambil sampel darah peserta program Selangor Saring DUN Dusun Tua di Dewan Komuniti Kampung Batu 9, Hulu Langat pada 26 Jun 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Saringan kesihatan percuma diteruskan di lima DUN hujung minggu ini

SHAH ALAM, 13 JULAI: Program pemeriksaan kesihatan percuma Selangor Saring diteruskan hujung minggu ini membabitkan lima Dewan Undangan Negeri (DUN).

Berdasarkan poster dikongsikan EXCO kesihatan awam di Facebook, lima lokasi berkenaan membabitkan DUN Pelabuhan Klang, Pandamaran, Batang Kali, Taman Templer dan Hulu Kelang.

Dr Siti Mariah Mahmud memaklumkan program di DUN Pelabuhan Klang dan Pandamaran dijadual berlangsung di Dewan Kompleks Sukan Pandamaran, manakala DUN Batang Kali di Dewan Dato’ Ahmad Hamid pada Sabtu

Bagi DUN Taman Templer pula di Dewan Seri Siantan, Taman Selayang dan DUN Hulu Kelang bertempat Dewan MPAJ AU2, Taman Seri Keramat pada Ahad.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui http://selangorsaring.selangkah.my, hubungi talian Selcare 1-800-22-6600 atau Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor melalui http://drsitimariah.com/talian-suka/

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta  bagi menjayakan Selangor Saring yang bakal memanfaatkan 39,000 penduduk khususnya individu yang mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Program hingga 4 September itu menawarkan saringan fizikal, ujian darah dan air kencing, mata, servik dan kanser payu dara, ujian darah najis okulta atau kolorektal serta prostat.

 


Pengarang :