Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin membuat pelepasan peserta Selangor Bypass Half Marathon 2022 yang berlangsung di Lebuhraya Rawang Bypass pada 31 Julai 2022. Foto Nazir Khairi
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor anjur larian maraton, terima 5,000 peserta dari 24 negara

SHAH ALAM, 31 JULAI: Seramai 5,000 peserta dari 24 negara menyertai acara larian maraton yang berlangsung di Lebuhraya Rawang Bypass pada jam 4 hingga 10 pagi ini.

EXCO pembangunan sukan berkata Selangor Bypass Half Marathon 2022 yang dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin merupakan program anjuran bersama Majlis Sukan Negeri Selangor.

“Hampir 5,000 penyertaan diterima termasuk dari 24 negara luar iaitu Vietnam, United States, United Kingdom, Thailand, Taiwan, Singapura, Portugal, Filipina, China, Netherlands, Nepal.

“(Selain dari) Morocco, Sepanyol, Kenya, Indonesia, India, Bangladesh, Australia, Madagascar, Jepun, Iran, Paris, Kanada dan Belgium,” kata Mohd Khairuddin Othman menerusi kenyataan.

Tambah beliau terdapat dua kategori dipertandingkan iaitu 12 kilometer (km) dan 21km dengan hadiah terkumpul sebanyak RM30,000.

“Objektif program ini adalah sebagai platform untuk Kerajaan Negeri mendekati belia serta galakan kepada orang ramai mengambil bahagian dalam acara sukan larian.

“Dan secara tidak langsung menyuburkan aktiviti sukan,” katanya.


Pengarang :