EXCO Pembangunan Modal Insan dan Generasi Muda & Sukan, Mohd Khairuddin Othman menjawab soalan dikemukakan wakil rakyat ketika Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor ke-14 dalam sidang Dewan Negeri Selangor di Bangunan Annex, Shah Alam pada 27 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Selangor belanja lebih RM3 juta selenggara kemudahan sukan sejak 2020

SHAH ALAM, 27 JULAI: Sebanyak RM3.897 juta dibelanja bagi menyelenggara 79 kemudahan sukan di negeri ini sejak 2020.

EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman berkata daripada jumlah itu sebanyak RM2.008juta digunakan pada 2020 meliputi 42 kemudahan sukan.

“Manakala, bagi tahun lalu sebanyak 29 kemudahan diselenggara dengan perbelanjaan sejumlah RM1.512 juta.

“Bagi tahun ini, sejumlah lapan kemudahan sukan diselenggara setakat Jun dengan perbelanjaan sebanyak RM375,265,” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Negeri (ADN) Sementa Daroyah Alwi berhubung pembangunan infrastruktur belia dan sukan.

Khairuddin menjelaskan bagaimanapun terdapat juga permohonan yang masih dalam proses penilaian oleh Majlis Sukan Negeri Selangor.


Pengarang :