Program Ujian PCR HPV Percuma Untuk Saringan Barah Pangkal Rahim di Dewan Komuniti MBPJ Damansara Damai, Petaling Jaya pada 13 Februari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Selangor sedia bantuan RM5,000 seorang untuk rawatan barah

SHAH ALAM, 27 JULAI: Kerajaan Negeri menyediakan bantuan bagi pesakit barah mendapatkan rawatan termasuk pembedahan dengan jumlah pembiayaan RM5,000 seorang.

EXCO Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata bantuan di bawah program Bantuan Sihat Selangor (BSS) itu boleh dimohon dengan melayari portal http://bantuansihat.selangor.gov.my .

“Kerajaan Negeri turut memperkenalkan program Selangor Saring bertujuan melakukan pengesanan awal penyakit tidak berjangkit termasuk barah prostat, serviks, payudara dan kolorektal,” katanya.

Beliau mewakili EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud bagi menjawab soalan wakil rakyat Pandamaran Leong Tuck Chee berhubung bantuan kewangan pembedahan barah pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Menurutnya, Selangor sentiasa mengutamakan aspek penjagaan kesihatan rakyat dengan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu golongan kurang berkemampuan mendapat rawatan perubatan dengan cepat dan berkualiti.

Program meliputi Iltizam Selangor Sihat (ISS), Skim Rawatan Jantung dan Insentif Rawatan Tibi.


Pengarang :