Avani Sepang Goldcoast antara penginapan pilihan orang ramai ketika bercuti di Selangor. Foto Facebook Tourism Selangor
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Sepang bakal dinaik taraf jadi pusat pelancongan antarabangsa

SHAH ALAM, 28 JULAI: Kerajaan Negeri bercadang menaik taraf bahagian selatan Selangor khususnya daerah Sepang sebagai kawasan pelancongan bertaraf antarabangsa.

EXCO Pelancongan Hee Loy Sian berkata rancangan itu bagi menarik lebih ramai pelancong, menambah nilai ekonomi dan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

“Kita cadang projek ini akan dilaksanakan di daerah Sepang dengan membina beberapa hotel bertaraf lima bintang di kawasan pesisir pantai.

“Kita jangka projek ini akan dibina secara berfasa dalam tempoh 10 tahun, kita harap dalam lima tahun akan datang ini projek pembangunan sudah mula nampak dan dibina,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan projek TUKANG-The First Craftmanship Project in Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Semalam, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) membabitkan teras satu pengukuhan ekonomi antaranya adalah mengukuhkan sektor pelancongan dalam tempoh 2021-2025.


Pengarang :