Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika penangguhan sesi Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Keempat Belas Tahun 2022 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 21 Mac 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Siaran langsung sidang Dewan Negeri mulai 25 Julai

SHAH ALAM, 22 JULAI: Sidang penuh Dewan Negeri Selangor antara 25 Julai hingga 5 Ogos boleh ditonton secara langsung setiap hari mulai 9.30 pagi menerusi SelangorTV.

Berita perbahasan Ahli Dewan Negeri (ADN) juga boleh diikuti menerusi Facebook Media Selangor, portal Selangor Journal dan Selangorkini termasuk edisi Mandarin dan Tamil.

Rancangan Selangor Satu yang akan dibentang jam 11 pagi bagi memperkukuh ekonomi dan kebajikan rakyat untuk tempoh lima tahun akan datang antara tumpuan sidang Dewan kali ini.

Wakil rakyat juga dijangka mengulas usaha Kerajaan Negeri menangani kenaikan harga makanan, isu kemudahan sukan, persediaan menghadapi bencana dan alam sekitar.

Selain itu, isu kesihatan, perubahan iklim, sampah haram dan usaha menjaga kepentingan rakyat juga dijangka mendapat perhatian ahli dewan.

 


Pengarang :