Tiga individu disyaki dera kanak-kanak berusia lima tahun di Jempol, Negeri Sembilan berjaya diberkas. Grafik Media Selangor
AGENDAJENAYAH

Simpan dadah di inap desa, lelaki warga asing dan wanita tempatan ditahan

KANGAR, 29 JULAI: Polis menahan dua lelaki warga asing dan seorang wanita tempatan dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah inap desa di Kampung Kolam, Padang Besar, semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abdullah berkata kesemuanya yang berusia 25 hingga 28 tahun ditahan kira-kira 1 tengah hari.

“Hasil serbuan, polis menjumpai dadah jenis ganja seberat satu kilogram dianggar bernilai RM2,500 yang boleh menampung penggunaan 500 penagih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati dadah tersebut dibawa masuk dari negara jiran menerusi jalan tikus oleh dua lelaki itu sehari sebelum mereka ditahan.

“Dadah berkenaan disimpan di sebuah bilik di inap desa berkenaan yang didaftarkan atas nama wanita itu,” katanya.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

— BERNAMA


Pengarang :