Kakitangan Air Selangor melakukan pensampelan bagi memastikan air terawat yang bersih dan selamat dapat diagihkan kepada pengguna. Foto Facebook Air Selangor
AGENSISELANGOR

Skuad Hidro Air Selangor tampil dua anggota baharu, tawar hadiah menarik

SHAH ALAM, 29 JULAI: Air Selangor hari ini memperkenalkan dua anggota baharu Skuad Hidro yang akan tampil dalam siri ‘Master Class Air Selangor’

Selain Nabil Ahmad dan Makcik Roastmah, siri ‘Master Class Air Selangor’ kini dianggotai Daniel Cheang dan Layla Sania.

“Nantikan siri baharu ‘Master Class Air Selangor’ bersama ‘Hydro Squad’ yang terdiri daripada Nabil Ahmad, Makcik Roastmah bersama ahli-ahli baru, Daniel Cheang dan Layla Sania.

“Ikuti ‘Master Class Air Selangor’ bersama ‘Hydro Squad’ kerana informasi tersebut dapat memberi kesan positif kepada generasi akan datang,” kongsi Air Selangor di Facebook.

Menurut Air Selangor siri baharu itu memberi peluang kepada pengguna untuk mempelajari cara-cara memelihara, memulihara dan melindungi air demi kelestarian sumber alam.

Pada masa sama, orang ramai turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dengan memuat turun Water Handbook’ di www.airselangor.com/waterhandbook.


Pengarang :