Anggota Bomba dan Penyelamat meninjau keadaan timbunan kayu balak yang berada berhampiran rumah penduduk di Kampung Iboi, Kupang hari ini. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Skuad PANTAS, sukarelawan Selangor digerak ke Baling bantu mangsa banjir

SHAH ALAM, 5 JULAI: Skuad Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) di semua pihak berkuasa tempatan negeri ini bersedia digerakkan ke Kedah bagi membantu mangsa banjir di Baling.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ketika ini Kerajaan Negeri sedang berhubung dengan pihak berkuasa Kedah bagi penyelarasan bantuan.

“Pasukan sukarelawan Team Selangor dan Khidmat Nasional juga telah bersiap sedia untuk digerakkan.

“Doakan agar urusan ini dipermudah. Kerajaan Selangor merakamkan ucapan takziah buat mangsa korban banjir berkenaan,” katanya di Facebook hari ini.

Hujan lebat kira-kira 4 petang semalam menyebabkan sembilan kampung sekitar Baling terjejas akibat banjir lumpur malah mengorbankan tiga mangsa termasuk wanita hamil.

Selain itu, lebih 300 penduduk terpaksa berpindah dan ditempatkan di beberapa pusat pemindahan sementara.


Pengarang :