Gelagat penyokong Selangor pada kejohanan Piala Sultan Selangor 2019 di Stadium Shah Alam. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI.
AGENDANASIONALSELANGOR

Stadium Shah Alam: Sebarang tindakan diumum tengah bulan ini

KUALA SELANGOR, 2 JULAI: Sebarang tindakan terhadap Stadium Shah Alam termasuk meroboh masih lagi dibincangkan, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata segala keputusan akan diumum pada 16 Julai ini bersempena hari pembukaan stadium terbabit.

“Buat masa ini tidak elok jika saya huraikan keseluruhan kerana ia melibatkan perbincangan banyak pihak yang semuanya terbabit dalam pengurusan bola,” katanya pada program Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Utama Kuala Selangor hari ini.

Amirudin berkata stadium terbabit memerlukan perbelanjaan tinggi setiap tahun bagi kos penyelenggaraan hingga mencecah RM5 juta.

“Sudah tiba masa pelan jangka panjang diputuskan bagi mengambil kira soal keselamatan stadium.

“Cadangan merobohkan adalah salah satu pilihan kerana kita terpaksa menjalankan kerja penyelenggaraan Stadium Shah Alam pada setiap tahun,” katanya.


Pengarang :