Suami isteri ditemui mati dibunuh di rumahnya di Taman Bercham Aman, Ipoh pagi tadi. Foto Facebook Bernama
AGENDAJENAYAH

Suami isteri ditemui mati disyaki dibunuh di rumah sendiri

IPOH, 7 JULAI: Sepasang suami isteri maut dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Taman Bercham Aman di sini pagi tadi.

Sepasukan polis forensik kini berada di rumah itu untuk siasatan lanjut, dan ada anggota serta pegawai penyiasat dilihat sedang mengambil keterangan beberapa ahli keluarga di lokasi kejadian.

Turut kelihatan di kawasan yang ditutup dengan garisan kuning polis itu adalah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Anuar Othman.

– BERNAMA


Pengarang :