Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom meraih pingat gangsa dalam acara lelaki keirin semasa Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Lee Valley Velo Park pada 30 Julai 2022. Foto BERNAMA
AGENDASUKANKINI

Sukan Komanwel: Shah Firdaus raih gangsa acara keirin

LONDON, 3i JULAI: Penantian pelumba berbasikal trek negara selama lapan tahun untuk menang pingat acara keirin pada temasya Sukan Komanwel akhirnya berakhir pada edisi ke-22 apabila Muhammad Shah Firdaus Sahrom meraih gangsa di Sukan Komanwel Birmingham 2022, semalam.

Nicholas Paul dari Trinidad & Tobago merangkul emas manakala pingat perak menjadi milik pelumba Scotland, Jack Carlin, pada acara yang berlangsung di Lee Valley VeloPark, di sini.

Kali terakhir Malaysia menaiki podium bagi acara itu adalah melalui jaguh trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang atau mesra disapa Jijoe apabila memenangi pingat gangsa di Glasgow, Scotland, pada edisi 2014.

Josiah Ng merupakan pelumba negara terakhir merangkul pingat emas pada edisi ke-19 di New Delhi pada 2010.

-BERNAMA


Pengarang :