DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyapa salah seorang hadirin pada majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat bersempena Sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 29 Julai 2022. Foto Facebook Selangor Royal Office
SELANGOR

Sultan berkenan berangkat ke majlis doa selamat sempena Hari Pahlawan

SHAH ALAM, 30 JULAI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat bersempena Sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri semalam.

Pada majlis yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam itu Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

“Baginda kemudian menunaikan solat Jumaat bersama para jemaah yang hadir.

“Baginda turut tertarik dengan intipati kandungan khutbah Jumaat yang dibacakan oleh khatib bertajuk ‘Perjuangan Pahlawan Negara’,” tulis Selangor Royal Office di Facebook.

Antara petikan khutbah adalah menyeru rakyat mengambil iktibar keberanian dan semangat pahlawan tanah air mempertahankan kesucian Islam dan kedaulatan negara.


Pengarang :