Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin bergambar kenangan selepas Majlis Perasmian Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Puncak Alam pada 23 Julai 2022. Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENDANASIONAL

Sultan, Tengku Permaisuri berkenan hadir majlis perasmian Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM

SHAH ALAM, 23 JULAI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Puncak Alam pada 23 Julai lepas.

Berdasarkan perkongsian Selangor Royal Office di Facebook, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Pro-Canselor UiTM.

Berangkat merasmikan hospital berkenaan adalah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga Canselor UiTM.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Hospital Al-Sultan Abdullah yang berkeluasan seluas 46 ekar ini siap dibina pada tahun 2020 dengan mengetengahkan reka bentuk binaan bangunan yang berinspirasikan elemen molekul air zam-zam (khasiat dan penawar pelbagai penyakit).
Ia kini menjadi mercu tanda baharu UiTM dengan menawarkan perkhidmatan rawatan dan kesihatan kepada hampir 1.5 juta rakyat di Selangor dan Perak Selatan.

 


Pengarang :