Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjawab soalan dalam sidang Dewan Negeri Selangor di Bangunan Annex, Shah Alam pada 27 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Tangani kemiskinan antara enam sektor utama Rancangan Selangor Pertama

SHAH ALAM, 27 JULAI: Mengurangkan kadar kemiskinan antara enam sektor tumpuan dalam tema strategik kedua Rancangan Selangor Pertama (RS-1), kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata setiap sektor itu dikenal pasti berdasarkan kajian terperinci terhadap faktor-faktor utama yang memberi dampak kepada kesejahteraan rakyat.

“Sektor pertama menjadi tumpuan ialah penjanaan pendapatan dan kebajikan sosial sementara kedua pula menumpukan kepada kumpulan sasar iaitu belia, warga emas dan orang kelainan upaya.

“Sektor ketiga pula melibatkan golongan wanita, keluarga dan masyarakat, sementara keempat berkenaan perumahan mampu milik seterusnya penjagaan kesihatan dan pendidikan,” katanya ketika membentang RS-1 di sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

RS-1 adalah agenda Kerajaan Negeri bagi memperkukuhkan ekonomi dan kebajikan rakyat bagi tempoh lima tahun akan datang.

Pembangunan dokumen RS-1 dibuat secara komprehensif dan terangkum, bersifat ‘living document’ yang mampu menangani cabaran baharu.

RS-1 turut menekankan pemacuan kelestarian bagi memulihara alam sekitar selain tadbir urus pintar serta berkesan dengan libat urus bersama pemegang taruh juga orang awam.


Pengarang :