Peserta membuat pemeriksaan mata pada program Selangor Saring sempena Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Utama Kuala Selangor pada 2 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Tegas tolak rasuah, faktor Selangor terus membangun, laksana program kebajikan rakyat

SHAH ALAM, 15 JULAI: Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Harapan berjaya merangka program pembangunan, kebajikan dan kepedulian kepada rakyat dengan baik susulan prinsip ketelusan yang diamalkan.

Perwakilan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) negeri berkata dasar Kerajaan Negeri yang tidak berkompromi dengan rasuah dan penyelewengan kuasa dalam kalangan penjawat awam antara faktor kewangan Selangor terus kukuh serta stabil.

“Kekayaan Negeri dikongsi bersama rakyat. Ketelusan pentadbiran ini dapat dirasai melalui program insentif rakyat yang berjaya dilancarkan bermula 2008 sehingga sekarang ini.

“Tahniah kepada Kerajaan Selangor pimpinan Dato’ Seri Amirudin Shari yang muncul juara dan diiktiraf Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2019,” kata Akmal Abdul Halim ketika membahaskan usul pada Kongres AMK sempena Kongres Nasional Keadilan ke-16 hari ini.

Akmal berkata tindakan tegas Dato’ Menteri Besar membanteras rasuah mampu menarik pelabur ke negeri ini sekali gus mendapat sokongan rakyat.

“Justeru, saya juga ingin mengajak ahli AMK untuk terus bersama- sama membanteras rasuah pada peringkat akar umbi,” katanya.

Kongres Nasional berlangsung selama tiga hari hingga Ahad ini di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam selepas tidak dapat berbuat demikian tahun lalu akibat penularan Covid-19.


Pengarang :