DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin bergambar bersama ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor pada Majlis Pengurniaan Anugerah persatuan itu di ibu negara pada 6 Julai 2022. Foto Facebook Selangor Royal Office
SELANGOR

Tengku Permaisuri berkenan sampai anugerah kepada ahli Pandu Puteri Selangor

SHAH ALAM, 8 JULAI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Anugerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor Rabu lalu.

Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Penaung Diraja persatuan itu menyampaikan sijil dan anugerah kepada ahlinya yang berprestasi cemerlang sepanjang tahun.

“Baginda yang juga Penaung Diraja kepada persatuan itu turut berkenan menyampaikan sijil dan anugerah kepada ahli-ahli Pandu Puteri yang tampil dengan prestasi memberangsangkan sepanjang tahun,” tulis Selangor Royal Office di Facebook.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Puan Panglima Raja Selangor Tunku Irinah Almarhum Tuanku Jaafar.

Selain itu, Bekas Penaung Diraja YAM Tengku Puan Panglima Perlis Tengku Puteri Nor Zehan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj turut memeriahkan majlis.


Pengarang :