LUAS menjalankan siasatan susulan laporan insiden pembuangan sisa minyak hitam di Sungai Langat. Foto Facebook LUAS
AGENDANASIONAL

Tiada insiden buang sisa minyak hitam di Sungai Langat – LUAS

SHAH ALAM, 17 JULAI: Tiada insiden pembuangan sisa minyak hitam di Sungai Langat seperti laporan diterima Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) petang semalam.

Menurut LUAS pihaknya segera menjalankan siasatan dengan kerjasama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) selepas menerima maklumat insiden berkenaan.

Jarak lokasi insiden itu ke muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Batu 11, Cheras adalah dua kilometer.

“Siasatan LUAS ke lokasi pertama (500 meter) dari muka sauk mendapati tiada sebarang kesan minyak atau bau yang abnormal ditemukan.

“Pihak LUAS meneruskan siasatan sehingga ke hulu Sungai Langat. Walau bagaimanapun tiada kesan minyak dan bau abnormal dikesan,” maklum LUAS di Facebook.

Tambah LUAS lagi, siasatan ke LRA Batu 11, Cheras juga mendapati tiada bau abnormal dikesan di muka sauk berkenaan.


Pengarang :