EXCO Kerajaan Tempata Ng Sze Han berucap ketika majlis pelancaran pemakluman penggunaan e-kupon menerusi aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) menggantikan kupon gores di Auditorium Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 18 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tiada kenaikan kadar cukai taksiran, Selangor tumpu pacu semula ekonomi

SHAH ALAM, 22 JULAI: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) memutuskan tiada kenaikan kadar cukai taksiran di negeri ini ketika rakyat masih berdepan ketidaktentuan ekonomi semasa.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han berkata keputusan yang dicapai 13 Julai lalu mengambil kira isu kenaikan harga barang dan inflasi makanan yang semakin tinggi kebelakangan ini.

“Kerajaan Negeri akan terus fokus untuk menggerakkan kembali ekonomi melalui pelbagai program pembangunan sumber manusia dan rangsangan menarik masuk pelaburan agar peluang pekerjaan terus
meningkat,” katanya dalam kenyataan.

Jelas Sze Han, Rancangan Selangor Satu (RS-1) juga sedang dirangka untuk memacu pertumbuhan ekonomi demi merealisasikan kehidupan rakyat yang lebih mampan dan lestari.

Katanya, inisiatif kebajikan seperti Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) turut dilaksana untuk membantu 30,000 keluarga berpendapatan rendah dengan peruntukan RM108 juta.

“Sebarang keputusan untuk menguatkuasakan semakan nilaian baharu cukai taksiran oleh pihak berkuasa tempatan akan mengambil kira keadaan hidup dan kesejahteraan rakyat Selangor,” jelasnya.


Pengarang :