Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor ke-14 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 25 Julai 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tonton siaran langsung sidang Dewan Negeri di SelangorTV

SHAH ALAM, 25 JULAI: Sidang penuh Dewan Negeri Selangor mulai hari ini hingga 5 Ogos boleh ditonton secara langsung setiap hari mulai 9.30 pagi menerusi SelangorTV.

Berita perbahasan Ahli Dewan Negeri (ADN) juga boleh diikuti menerusi Facebook Media Selangor, portal Selangor Journal dan Selangorkini termasuk edisi Mandarin dan Tamil.

Rancangan Selangor Satu yang akan dibentang pada Rabu bagi memperkukuh ekonomi dan kebajikan rakyat untuk tempoh lima tahun akan datang antara tumpuan sidang Dewan kali ini.

Wakil rakyat juga dijangka mengulas usaha Kerajaan Negeri menangani kenaikan harga makanan, isu kemudahan sukan, persediaan menghadapi bencana dan alam sekitar.

Selain itu, isu kesihatan, perubahan iklim, sampah haram dan usaha menjaga kepentingan rakyat juga dijangka mendapat perhatian ahli dewan.


Pengarang :