Pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau, Klang mengibarkan Jalur Gemilang pada program Jelajah Selangor Penyayang di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 31 Julai 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Tuisyen rakyat manfaat lebih 25,000 pelajar, diperluas ke sekolah rendah

GOMBAK, 31 JULAI: Lebih 25,000 pelajar menerima manfaat Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) tahun ini selepas inisiatif diperluas kepada pelajar sekolah rendah.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata selain bantuan kelas tambahan, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI turut membiayai kos makan tengah hari untuk keselesaan pelajar.

“Semua pelajar terutama tingkatan empat dan lima ini dikenal pasti berisiko gagal sekiranya tidak diberikan bantuan kelas tambahan serta latih tubi.

“Jadi menerusi PTRS, kita dapat membantu mereka memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Jika mengikuti program dengan betul, mereka boleh mencapai kejayaan lebih besar dan keputusan cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Jelajah Selangor Penyayang bertemakan Pendidikan Holistik, Generasi Muda Dinamak di Padang Awam Batu Caves, Gombak hari ini.

Amirudin ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2022 pada 26 November lalu, mengumumkan peruntukan sebanyak RM7 juta untuk PTRS tahun ini.

Peruntukan itu antaranya bagi memantapkan pengisian portal ePTRS.my dan mengukuhkan kemahiran guru.


Pengarang :