AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Tujuh daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan hingga 3 petang

SHAH ALAM, 25 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 3 petang ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan itu dijangka berlaku di negeri ini di daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat serta seluruh Kuala Lumpur dan Labuan.

Situasi sama diramal di Negeri Sembilan melibatkan Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau serta Melaka (Alor Gajah).

Manakala Sarawak di Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau) dan Limbang (Lawas) selain Sabah (Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :